Kenali tablet Valsartan

wajah asal Tablet Valsartan 80mg

Salam sihat sejahtera,,

Disember muncul semula ,,kali ini di tahun 2013,,
Sedar campur tidak sedar dunia kian hampiri 2014
Ke satu angka baru yang terus naik tidak akan turun lagi,,,

Masih mimpi???
Semoga di 2014 semua mimpi di dengki 2013 terus tamat tempoh,,setuju??terserah,,

Terus untuk apa lagi ke sini?
Untuk Kenali tablet Valsartan atas nama kimia dengan kekuatan setiap sebiji 40mg,80mg,160mg dan 320mg.
Antara nama dagangan ialah Diovan dengan kekuatan sama seperti nama kimia itu,,

Indikasi:Untuk siapa dan kenapa perlu makan tablet Valsartan?
Buat insan yang di uji Allah dengan masalah berkaitan penyakit darah tinggi dan jantung itu,,
Elak stroke atau serangan jantung yang semua orang tidak suka itu,,tetapi terpaksa rela makan

Cara ambil makan:Bila ,sampai bila dan bagaimana cara makan ubat ini?
Setelah di rawat dan disahkan oleh para doktor itu,,insan perlu ambil makan Valsartan
ikut dos yang tertulis atas preskripsi seperi di nasihatkan,,
Jika sesuai@serasi dengan badan,,temui rasa sihat segar,,,sila patuhi arahan makan
selepas makan atau bersama makanan hingga akhir nanti itu,,atau sehingga temui perubahan dos
atau bertukar kepada ubat jenis lain jika tidak serasi ,,ikut nasihat dan rawatan doktor itu,

Kesan Sampingan:Apakah kesan selepas makan Valsartan?
Antara kesan sampingan yang mungkin itu:
1.Boleh jadi mual,muntah,
2.cirit
3.Pening atau sakit kepala,hipotensi
4.Mungkin temui batuk,,
5.Edema,,
6.Kulit ruam,,,gatal,,

Cara simpanan:Bagaimana cara simpan tablet Valsartan?
Sama Seperti cara simpanan ubat biji yang lain kategori kardio itu,,

Tarikh Luput:Sampai bila tahan di simpan tablet Valsartan?
Tempoh 3 tahun dari tarikh mula di kilang,
atau buang cara rendam dalam air simbah ke dalam toilet,,
jika telah rosak atau tarikh luput tidak jelas,,

Sumber rujukan:Di mana boleh dapatkan tablet Valsartan?
1.Melalui preskripsi doktor pakar bertauliah di farmasi kerajaan Malaysia
2.Di farmasi swasta ikut bekalan stok semasa,,
3.Manufacturer’s Pill,Diovan R 40mg,80mg,160mg,320mg,Novartis Farmaceutica S.A.Barbera del Valles,Spain.
rev 26 february 2012
4.Manufacturer’s Pill ,DiovanTM 40mg,80mg,160mg,320mg,Novartis Pharma AG,Basel Switzerland.

Sekian,,Terimakasih semua,,

Tablet Digoxin

Salam sejahtera

Teruskan catatan nota ubat seterusnya buat koleksi kali ini
Ketika bulan Muharam terus berjalan menongkah arus masa duniawi

Temui apa lagi?
Saat dan ketika ini temui ubat biji bernama Digoxin BP atas nama kimia
dengan kekuatan setiap sebiji 0.25mg atau 250mcg.
Antara jenama dagangan di pasaran ialah LanoxinTM Aspen

Indikasi:Untuk siapa dan kenapa mesti makan ubat Digoxin?

Buat insan yang di uji dengan penyakit jantung ,telah di sahkan oleh doktor bertauliah itu
mesti usaha rawat untuk elak serangan jantung atau stroke atau angin ahmar itu,

Selamatkan dan sayangi jantung anda,,semoga kembali hidup sihat sejahtera,,

Cara ambil makan:Bagaimana dan sampai bila mahu makan Tablet Digoxin?

Tablet Digoxin di ambil makan secara oral ,,selepas makan ikut preskripsi doktor
Biasa makan satu kali sehari waktu siang sahaja,dari suku biji,atau setengah biji atau satu biji,,
setiap hari ,,biasa sampai seumur hidup,jika sesuai badan sihat,,

Elak dos berlebihan dan lihat reaksi badan mampu sihat atau tambah sakit jantung,,
Jika selepas makan ubat temui kesan jantung terus berdebar semakin kuat pening kuat
atau salah satu kesan itu,,sila henti makan dos tersebut,,
temui semula doktor dengan kadar segera,,untuk rawatan lanjutan atau tukar dos ubat
ikut nasihat dan rawatan doktor,,

Jika badan serasi dan sesuai ikut dos tersedia itu,,jantung terus sihat ceria,
,sila disiplin makan ikut selang masa di tetapkan dan jangan lupa makan ubat Digoxin,,

Jika terlupa makan ,,jangan gandakan dos anda,,makan ikut dos serasi sihat itu,,
Sila dsiplin untuk teruskan janji temu rawatan dan nasihat dari masa ke semasa bersama doktor anda,,
supaya sihat dan pastikan ubat Digoxin tidak pernah putus bekalan,,

Kesan Sampingan:Bagaimana kesan sampingan setelah makan tablet Digoxin?

Antara kesan tidak di undang datang ialah:
1.Mual,loya atau muntah
2.Anorexia,,
3.boleh jadi cirit
4.sakit kepala,,
5.jantung berdebar lebih kuat dari biasa jika lebih dos atau tidak serasi
6.bingung,,depresi,,
7.badan letih lesu,,
8.Gangguan penglihatan

Cara simpanan:Bagaimana cara simpan tablet digoxin?

Simpan suhu bawah 25 darjah celcius,,
Seperti cara simpanan ubat biji makan yang lain,,

Tarikh Luput:Sampai bila boleh tahan simpan ubat ini?

Ikut tempoh mula dari tarikh di kilang sehingga 5 tahun
Buang segera jika rosak atau tamat tempoh atau jika tidak pasti tarikh luput,,

Sumber Rujukan:Di mana boleh dapat ubat biji Digoxin?

1.Di Farmasi milik kerajaan Malaysia
2.Farmasi swasta
3.Manufacturer’s Pill,LanoxinTM 0.25mg,Aspen Bad Oldesloe,GmbH,Germany,rEV:8/2011

Sekian,,Terimakasih semua,,

Elantan Long 50mg sebiji

Salam sejahtera ,,

 Kapsul Isosorbide Mononitrate

Kapsul elantanTM Long 50MG

Temui ubat apa pula?
Nota ubat bahan kimia tablet Isosorbide Mononitrate dengan kekuatan sebiji 50mg.
Antara nama dagangan Elantan Long 50mg setiap satu biji,,

Untuk siapa dan kenapa makan ubat ini?
Untuk orang yang dikesan dan di sahkan alami masalah berkaitan sakit jantung oleh para doktor,,,
Awas sila dapatkan rawatan awal dari doktor bertauliah dan pakar sebelum ambil makan ubat apa jua,,termasuk Elantan
Sayangi dan sihatkan jantung anda,,,,Terimakasih,,

Cara makan:Bagaimana makan ubat ini?
Ambil ikut preskripsi doktor bersama makanan dan segelas air suam,,

Kesan Sampingan?Bagaimana kesan sampinagn ubat ini?
Antara kesan sampingan yang mungkin :
1.sakit kepala atau pening kepala
2.hipotensi
3.mual,loya ,muntah

Cara simpanan:Bagaimana cara mahu simpan ubat ini?
Ikut suhu lebih 25 darjah celcius
seperti cara simpanan ubat lain,,

Tarikh Luput:Bagaimana tarikh luput ubat ini?
Ikut kotak bungkusan 5 tahun dari tarikh di kilang
Buang segera jika rosak

Sumber rujukan:Di mana boleh dapat ubat ini?
1.Di farmasi milik keraajaan Malaysia
2.Farmasi swasta
3.Manufacturer’s Pill,ElantanTM Long 50mg,,Schwarz Pharma AG ,Alfred Nobel Strasse 10, 40789 Monheim Germany

Sekian,,
Terimakasih sumber dan semua,,

Tablet Isosorbide Dinitrate 10mg

Salam November 2013,,semoga sihat selalu,,

Isorsorbide dinitrate 10mg

Temui ubat apa lagi?
Nota ubat bernama tablet Isosorbide Dinitrate atas nama kimia dengan kekuatan
10mg setiap sebiji.Antara nama dagangan Angsobide 10mg atau Isordil 10mg atau Solbid 10mg.

Untuk siapa dan kenapa makan ubat ini?
Untuk insan yang di uji sakit jantung itu,,di sahkan doktor ,,

Cara makan :Sampai bila mesti makan ubat ini?
Mesti dapatkan rawatan dan nasihat doktor bertauliah dari masa ke semasa ikut temujanji
dari awal sejarah sakit jantung hingga akhir nanti atau setelah doktor hentikan rawatan
dengan ubat ini,,atau bertukar ubat lain untuk kesan lebih sihat / serasi badan,,
Ambil makan ikut preskripsi doktor ,selepas makan,,terserah,,

Bagaimana kesan sampingan ubat ini?
Antara kesan sampingan yang tidak di undang :
1.sakit kepala atau pening
2.mual atau muntah
3.ruam ,,gatal kulit
4.edema
5.hipotensi
6.kemungkinan debaran jantung lebih kuat dari biasa
7.gangguan penglihatan
8.badan letih lesu,,

Bagaimana cara simpanan ubat ini?
Seperti cara simpanan ubat biji yang lain,,,

Bagaimana tarikh luput ubat ini?
Biasa 3 tahun dari tarikh di kilang ,,,atau
buang segera jika rosak atau atau tamat tempoh
atau ragu-ragu dengan tarikh luput,,,

Di mana mahu dapatkan sumber ubat ini?
Seperti biasa secara percuma di farmasi kerajaan Malaysia ketika ini,,
melalui preskripsi dari rawatan doktor kerajaan Malaysia
Secara belian di farmasi swasta ,,,
Secara belian banyak di kilang:
1.Manufacturer’s Pil,Angsobide Tablet 10mg,Duopharma (M) sdn Bhd ,Taman Kelang Jaya,Selangor,Malaysia
Rev:18.10.2011
2.Manufacturer’s Pill,Solbid 10mg,SM Pharmaceuticals Sdn Bhd,Sg Petani Kedah,Malaysia,Rev:27.11.2011

Sekian,,,nota kali ini,,Terimakasih,,,

Tablet GtN

Salam sejahtera ,,
ubat gtn itu

Kembali ke sisi blog hujung minggu saat cuti ketika ini
Tambah nota ubat untuk sebuah binaan blog maya freedengki
Termasuk buat mereka yang sudi singgah di persada blog ini
Temui ubat lagi,tengok tajuk sila terus baca jangan dengki

Apakah benda ubat kali ini?
Tablet atau ubat biji di kira halal bebas sumber haiwan
Dari bahan kimia bernama singkatan GTN atau nama penuh
Glyceryl Trinitrate atau nitroglycerine sublingual USP
Punya kekuatan setiap sebiji 0.5mg.

Antara nama dagangan ialah Myonit insta

Indikasi:Untuk siapa dan kenapa perlunya ubat ini?
Untuk insan yang di uji Allah dengan penyakit popular
sakit jantung atau kardio itu,,

Cara ambil:Bagaimana mahu ambil makan ubat ini?
Mesti melalui rawatan dan preskripsi doktor bertauliah.
Setelah di sahkan doktor ambil bila perlu cara letak bawah lidah ikut preskripsi doktor,,
Duduk atau baring perlahan jangan tersentak bangun cepat elak
kejutan badan atau pening tidak di undang,,
Biarkan ubat cair perlahan-lahan dan telan air liur berubat itu,biasa gtn mudah cair tidak tercekik,,
Ulang letak bawah lidah sebiji gtn dalam masa 5 minit hingga
10 minit,jika masih sakit dada
Jika sakit jantung masih tidak kurang atau semakin parah
atau terus tidak pulih selepas ulang ambil 3 biji gtn,,
selepas minima 15 minit ,,sila segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan untuk usaha sihat pulih diri,,
manusia merancang Allah tentukan,,,

:Kesan sampingan;Bagaimana  kesan sampingan ubat ini?

Antara kesan sampingan biasatidak di undang ialah:
1.muntah,
2.sakit kepala,
3.Badan rasa letih lesu
4.Hipotensi
5.Gangguan penglihatan atau mata kabur

Jika over dos?
Boleh jadi koma,susah nafas,demam pening,atau sakit kepala,
hilang selera makan,denyutan jantung tidak normal,telinga berdesing,,

Cara simpanan:Bagaimana cara simpan ubat ini?
1.Suhu bawah 25 darjah celcius
2.Mesti botol amber kedap udara
3.Jauhi dari kotoran, tempatlembab
4.Lindung dari panas treik habuk ,,debu
5.Jauhi dar anak kecil

Tarikh Luput:Bagaimana  tarikh luput ubat ini?

Biasa 2 tahun dari tarikh di kilang
Bila pertama kali botol asal di buka pastikan
simpan hingga tempoh 8 minggu sahaja.
Buang segera jika ubat rosak atau cukup tempoh 8 minggu
selepas di buka dari botol asal,,

Sumber rujukan:Di mana ubat ini boleh di temui saat ini?
Secara belian di farmasi persendirian atau swasta
secara percuma melalui preskripsi dan rawatan doktor
dari klinik dan hospital pihak kerajaan Malaysia,,
Secara belian lain di:
Manufacturer’s Pill,Myonit Insta 0.5mg,Troikaa Pharmaceuticals Ltd,Gujarat India

Sekian,,Terimakasih semua,,

Pravastatin Sodium

Salam sejahtera,
Pravastatin
Apa itu biji Pravasatin Sodium?
Ubat biji bahan kimia dengan kekuatan setiap sebiji 10mg/20mg/40mg

Antara nama dagangan di pasaran ialah Apo-Pravastatin
dengan kekuatan yang serupa.

Indikasi:Untuk siapa dan kenapa ambil ubat ini?
1.Untuk rawat masalah mereka yang di sahkan doktor punya
lebih kolestrol tidak baik itu
2.Untuk kurangkan atau cegah atau elak serangan jantung
atau stroke kesan kolestrol tinggi itu

Cara makan:
Bila ,sampai bila dan bagaimana mahu makan ubat ini?
Setelah dapatkan rawatan dari doktor pakar itu,,
ambil makan secara oral, ikut prskripsi pakar itu
selepas makan,,sehingga doktor kata berhenti makan ikut rawatan susulan .Biasa sehingga akhir hayat.

Kesan Sampingan:Bagaimana kesan sampingan ?
Antara kesan yang mungkin:
1.mual,loya muntah
2.cirit atau sembelit
3.sakit perut
4.sakit kepala,depresi,anxiety
5.badan lemah,sakit dada
6.batuk,sinus
7.kencing kurang normal
8.gangguan penglihatan atau pendengaran
9.ruam,gatal kulit
10.Kejang otot
11.edema,,,

Cara simpanan:Bagaimana mahu simpan ubat ini?
1.suhu antara 25 darjah celcius
2.Seperti cara simpanan ubat biji sebelum ini,,

Tarikh Luput:Sampai bila boleh simpan ubat ini?
1.2 tahun dari tarikh di kilang
2.Buang setelah rosak atau tercemar
3.Rujuk kotak bungkusan ubat berkaitan

Sumber rujukan: Di mana boleh temui ubat ini?
1.Farmasi milik kerajaan
2.Farmasi swasta
3.Sumber kilang@Manufacturer’s Pill,Apo-Pravastatin 10mg/20mg/40mg,Apotex Inc,150 Signet Drive,Weston Ontario,Canada,Rev:1st August 2011

Sekian,,
Terimakasih semua,,

Ezetamide 10mg

Salam sejahtera,,

Apa koleksi kali ini,,?
Tokok tambah nota ubat bernama Tablet Ezetamide 10mg
sebiji atas nama kimia.
Antara nama dagangan ialah Ezetrol 10mg

Indikasi:Untuk siapa dan kenapa perlunya ubat ini?
1Atasi masalah berkaitan kolestrol orang di dunia
2.Kurangkan,CEGAH atau elak stroke atau serangan jantung kesan kolestrol tinggi

Cara Makan:
Bila,sampai bila dan bagaimana mesti makan ubat ini?
Setelah dapatkan rawatan dari pakar itu,,
Ambil selepas makan Ikut preskripsi doktor pakar itu
makan jika serasi badan dan mungkin seumur hidup,,

Kesan Sampingan:Bagaimana kesan sampingan ubat ini?
Antara kesan sampingan yang mungkin:
1.Mual ,loya ,muntah
2.sakit perut,,
3.Cirit atau sembelit
4.badan lemah,lesu
5.sakit kepala
6.ruam ,,gatal kulit,,
7.Depresi,,,

Cara simpanan:Bagaimana cara simpanan yang baik?
1.Suhu bawah 30 darjah celcius
2.Lindung dari panas terik
3.Jauhi dari anak kecil
4.Elak dari habuk,kotoran,basah
5.Jahui dari binatang peliharaan
6.Tempat bersih,kering,,

Tarikh Luput:Sampai bila boleh simpan ubat ini?
1.Saat tarikh luput telah tamat atau mati
2.2 tahun dari tarikh di kilang
3.Ketika ubat telah rosak atau tercemar
4.Rujuk kotak bungkusan untuk tempoh luput ubat.

Sumber rujukan:Di mana boleh dapatkan ubat ini?

1.Manufacturer’s Pill,Ezetrol 10mg,Schering Plough Products,
Pridco Industrial Park,Las Piedras PR00771,USA.

Sekian,,
Terimakasih,,

Gemfibrozil 300mg

Salam sejahtera,,

Apa itu gemfibozil ?
Lagi ubat bentuk kapsul atau biji dari bahan kimia
dengan kekuatan 300mg/600mg lihat gambar,,
Antara nama dagangan ialah Kapsul Lopid atau
Lipofor 300mg atau film coated tablet dengan kekuatan
300mg dan 600mg setiap sebiji.

Indikasi:Untuk siapa dan kenapa mesti makan ubat ini?
1.Untuk kurangkan masalah kolestrol tidak baik pada
sesetengah orang yang di sahkan doktor itu
2.Untuk kurang,elak,atau cegah serangan jantung atau
stroke kesan masalah kolestrol tinggi itu

Cara makan:Bila,sampai bila dan bagaimana ambil makan?
Ikut rawatan doktor dari preskripsi yang di sahkan
sehingga di beritahu supaya berhenti makan,
Biasa akan makan sehingga akhir hayat,,terserah
makan sebelum makan ikut selang masa di tetapkan

Kesan sampingan:Bagaimana kesan sampingan ubat ini?
Antara kesan yang mungkn:
1.Muntah
2.Sakit Perut,gastrik
3.cirit
4.sakit kepala,
5.ruam gatal kulit
6.kabur pandangan mata
7.sakit badan,,

Cara simpanan:Bagaimana cara simpana ubat ini?
1.Suhu bawah 25 darjah celcius
2.Sama seperti cara simpanan ubat biji yang lain sebelum
ini.

Tarikh Luput:Sampai bila boleh simpan ubat ini?
Rujuk kotak bungkusan ubat

Antara Sumber rujukan:Dari mana boleh dapatkan ubat ini?
1.Pecuma di Farmasi Kerajaan melalui rawatan dan preskripsi
doktor kerajaan Malaysia,,
2.Farmasi swasta secara belian ikut preskripsi doktor
bertauliah,,
3.Manufacturer’s Pill,Lipofor 300mg/600mg,Remedica
Ltd,Limassol-Cyprus,Europe .

Sekian,,
Terimakasih semua,,

Atorvastatin

Salam sejahtera,
atorvastatin

Salam suci bulan Syaaban yang mulia dalam Islam
Teruskan perjalanan hidup demi masa tidak sia-sia

Apa lagi koleksi nota ubat untuk diari ubat maya ini?
Temui ubat bernama Atorvastatin Calcium equivalent
to Atorvastatin atas nama kimia dengan kekuatan
setiap sebiji 10mg/20mg/40mg.
Antara nama dagangan ialah Atacor dan Atorvastatin Winthrop
dengan kekuatan sama di atas.

Indikasi:Untuk siapa dan kenapa perlunya ubat ini?
1.Turun atau kurangkan kadar kolestrol tidak baik
bagi insan yang alami masalah kolestrol berlebihan itu.
2.Elak atau kurangkan risiko stroke atau serangan jantung kesan lebih kolestrol

Cara makan:Bila dan sampai bila perlu makan ubat ini?
Tentu sekali setelah dapatkan rawatan doktor pakar itu.
Biasa ambil makan sebelah malam selepas makan bersama
segelas air kosong setiap hari ikut selang masa yang
di tetapkan dari perskripsi doktor itu.

Sebahagian insan biasa makan seumur hidup,
mesti makan ikut rawatan susulan penuh disiplin untuk
sihat ceria,,elak singgah ke ICU atau wad sana situ,,

Kesan Sampingan:Bagaimana kesan sampingan ubat ini?
Antara kesan tidak diundang yang mungkin ialah:
1.Mual,loya atau muntah
2.samada cirit atau sembelit
3.sakit perut
4.Insomnia atau sukar tidur
5.sakit kepala,
6.sakit dada,sakit badan belakang,edema
7.Berat badan bertambah
8.Alopecia atau rambut gugur
9.Kulit ruam,gatal,,
10.Hepatitis ,jaundis,,

Cara simpanan:Bagaimana kaedah simpanan yang dikira selamat?
1.Simpan pada suhu bawah 25darjah celcius
2.Lindung dari cahaya panas
3.Elak habuk ,kotoran,binatang peliharaan
4.Tempat bersih,kering tidak berair
5.Jauhi dari kanak-kanak
6.Buang segera jika tamat tempoh atau rosak

Tarikh Luput:Berapa lama Tarikh Luput Ubat ini?
Keluaran Atacor 10MG , 3 tahun dari tarikh di kilang
Atacor 20MG/40MG, 2 tahun dari tarikh di kilang
Boleh rujuk kotak ubat ikut jenama di pasaran
Buang segera jika rosak atau tamat tempoh atau
tarik luput jadi ragu-ragu tidak jelas.

Sumber-sumber rujukan:Di mana boleh dapatkan ubat ini?
Saat dan ketika ini,,
1.secara percuma untuk rakyat Malaysia,di farmasi klinik
dan hospital kerajaan Malaysia melalui rawatan dan preskripsi doktor pakar itu.
2.secara belian kecil di kedai farmasi atau hospital pakar swasta
3.secara belian banyak ,antara kilang ialah:
1.Manufacturer’s Pill,Atorvastatin Wintrop 10mg/20mg/40mg Zentiva, KS ,Prague 10,Czech Republic,Rev:Feb 2010.
2.Manufacturer’s Pill,Atacor 10mg/20mg/40mg,Actavis hf,
Reykjavikurvegur 78,IS-220 Hafnarfjordur,Iceland,Rev;nov2009

Sekian,,Terimakasih semua,,