Medicine Magazine ,by CHE

Tablet,Ventolin, 2mg

Advertisements
Salam sejahtera,,,
Salbutamol  2mg/sebiji ,asal sebelum mekap.

Kini detik waktu di bulan  Disember 2012 terus berlari-lari,,
mengejar baki waktu yang semakin singkat di tahun 2012,
dalam kembara  dunia sementara menuju tahun 2013.

Sini ubat cuba tambah koleksi ubat maya,,
seiring perjalanan masa menuju detik  2013.
antara usaha blogging dunia siber di bicara bisu,
juga antara amal baik ,mohon keredhaan dan keberkatan Tuhan
sementara masih punya hayat di kandung badan.

Apa pula koleksi ubat maya kali ini?
Koleksi kali ini ialah Tablet Salbutamol 2mg setiap satu biji
atas nama kimia .Antara nama dagangan ialah Ventolin 2mg.
Antara ubat asthma popular paling kurang kesan sampingan.

Indikasi:
Secara ringkas asthma atau lelah .

Kesan Sampingan:
Tremor atau sakit kepala atau keduanya.

Cara simpanan:
1Suhu bawah 25 darjah celsius
2.Jauhi dari kanak-kanak
3.Lindung dari pencemaran alam termasuk panas melampau

Tarikh Luput:
2 tahun dari tarik di kilang.
Sila buang segera jika ragu-ragu atau kelihatan rosak,
tukar warna,

atau kembang terkena air itu,,,(kesan edit semula gambar )

Nasihat:
Sama seperti nasihat berkaitan ubat Theophylline dan
Terbutaline,, entri sebelum ini.

Sekian dahulu  coretan ringkas buat kali ini.

Terimakasih.

Exit mobile version