Insulin,Actrapid, Penfill

Insulin rawat masalah sakit kencing manis
Actrapid(R) kompeni novonordisk

Salam Sihat Sejahtera,,

Temui nota UBAT.NET saat ini dalam arus masa di bulan Mei 2014
Bertajuk Actrapid Penfill yang original dari novonordisk selanjutnya.

Apa itu ubat Actrapid(R) Penfill(R) ?
Lagi koleksi ubat suntik insulin atas nama dagangan di pasaran ketika ini.
Ikut gambar atas,ubat air suntik dalam satu katrij terkandung 3ml bersamaan 300IU
Insulin Human(rDNA).
Setiap 1 IU(International Unit) bersamaan 0.035mg dari anhydrous human Insulin.
Setiap 1ml bersamaan juga dengan 100IU ikut unit IU dari Insulin Human.

Indikasi:Untuk siapa dan kenapa injek Actrapid Penfill(R)?
Untuk rawat orang yang di sahkan doktor punya
penyakit kencing manis atau diabetes mellitus,
bila serasi dengan tindakbalas badan jadi mampu kembali hidup sihat
walau terpaksa bergantung kepada Actrapid ini.
Boleh jadi ubat tambahan di ikuti jenis ubat biji kencing manis
yang lain,,dalam usaha rawat dan sihat untuk hidup kembali kira normal,,

Cara ambil:Bagaimana dengan dos Actrapid(R)?
Ambil injek ikut preskripsi doktor seperti di arahkan,,
Seperti cara injek ubat Mixtard((R) sebelum ini,,
Dos biasa antara 0.3 dan 1 IU/kg/day ikut berat badan,
Awas,,jangan suntik lebih dos atau tanpa arahan preskripsi doktor,,

Boleh guna pennovo4 cara moden lebih kos atau cara tradisional guna syringe yang jimat kos,

Kesan Sampingan:Apakah kesan sampingan Actrapid(R) ?
Antara kesan sampingan Actrapid(R):
1.sakit(sick)ditempat cucuk,mungkin jadi merah, sakit,gatal,bengkak
atau berdarah terutama jika guna jarum agak besar,
2.Mual(nausea),Boleh jadi sakit perut,,
3.Sukar bernafas(difficulty breathing),edema
4.Palpitasi atau denyutan jantung lebih kuat dari biasa
5.Badan(body) lemah ,letih,
6.Tremor atau ketar tangan,,
7.sakit kepala(headache),bingung,konsentrasi lemah,
8.Mungkin tekanan darah akan turun(lower bp)
10.Daya penglihatan lemah(poor eyesight),,
11.Jika lebih dos mungkin sawan(convulsions),fungsi otak lemah,
atau maut sebelum ajal,,

Cara simpanan:Bagaimana dan sampai bila Actrapid tahan di simpan?
1.Ikut suhu(temperature) 2-8 darjah celcius
2.Jika suhu(temperature) bilik atau suhu 30 darjah celcius tahan 6 minggu sahaja.
3.Lindung(protect) dari cahaya panas terik
4.Jauhi(keep away) dari capaian anak kecil
5.elak(avoid) habuk ,kotoran dan racun
6.Simpan(store) tempat bersih ,halal,,

Tarikh Luput:
Rujuk tepi katrij atau kotak bekalan ubat semasa ,,
jika rosak atau pecah atau yang terbiar lebih 6 minggu,henti guna dan buang
pada suhu bilik lebih 30 darjah cekcius serta terdedah pada panas terik,,

Sumber rujukan;Di mana boleh dapatkan Actrapid(R)?
Hingga ketika enrti ini di tulis,,boleh dapat secara percuma
melalui rawatan dan preskripsi doktor KKM di farmasi klinik dan hospital
KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).Akan datang tidak tahu lagi,,tunggu,,

Secara bayaran tertentu melalui preskripsi dan rawatan doktor swasta sedunia,
boleh cuba cari sekitar hospital tempat anda,,,terserah,,

Terkini,disesetengah hospital,sudah tukar kepada jenis jenama lain,

Nota Kaki:

Terimakasih sumber rujukan utama:
Novo Nordisk A/S.(2011).Actrapid(R)Penfill(R).(pamphlet).Bagsvaerd Denmark.

Advertisements

17 thoughts on “Insulin,Actrapid, Penfill”

  1. Kesan sampingan popular ialah pening ,,
    Sesekali boleh temui pesakit pengsan ,
    kembali hidup semula jika segera dapatkan rawatan kecemasan di hospital,,,,
    dan jika ajal atau umur hidup di takdir masih panjang,,

    ,tidak percaya terserah,,,sekian,,,

    Like

  2. Excellent blog! Do you have any recommendations for aspiring writers?
    I’m planning to start my own site soon but I’m a little lost on everything.
    Would you propose starting with a free platform like WordPress
    or go for a paid option? There are so many options out
    there that I’m totally confused .. Any recommendations?
    Many thanks!

    Like

  3. Pingback: Google
  4. Pingback: Google

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s