Co-Trimoxazole,jenis,Tablet

Salam sihat @Hello,,

Dengan nama Allah di bawah langit putih saya ke sini blogging
Bersama tiupan angin sejuk dari kipas angin elak kesan cuaca panas dunia
Saya tambah cebisan nota ubat penuh ikhlas untuk koleksi dunia blogging
Semoga di berkati dan berfaedah buat saya sendiri dan insan sedunia

Jika Tablet terjatuh  dalam hutan ,sila beli semula,,
Sekadar hiasan ayat tanpa wajah ubat,,,

Hello,apakah koleksi di tambah kali ini?

Koleksi bernama  Co-Trimoxazole ,jenis tablet,atas nama kimia atau generik.Yang ini Nama dagangan(brand)juga Co-Trimoxazole kompeni dari Pharmaniaga.Brand lain yang saya kenal dan popular ialah Bactrim ,,Lagi brand bermacam-macam boleh cari di farmasi di tempat anda,,,Terimakasih.

2 (dua)Komposisi bahan dalam setiap tablet Co-Trimoxazole terdiri dari Trimethoprim 80mg dan Sulphamethoxazole 400mg.Ubat(medicine) kategori doktor biasa biasa,,,,Ketika entri ini di tulis,dalam keadaan tertentu, temui kakitangan paramedik juga boleh preksrib ubat ini,terutama di klinik kesihatan di luar bandar,di Malaysia,,

Indikasi:

Untuk siapa dan kenapa makan tablet ,Co-Trimoxazole ?
Ringkas ayat,Sejenis ubat antibiotik @antibakteria untuk rawat infeksi kepada pesakit berikut:

1.Infeksi di saluran respiratory,masalah bronkitis yang akut(acute) dan kronik ,pneumonia,sakit
tekak(pharyngitis),tonsilitis,sinusitis,otitis media,

2.Infeksi di saluran kencing
Rawat Masalah kencing kotor ,kencing tidak lawas kembali sihat normal,

3.Infeksi(infection) di kulit dan tisu lembut
Rawat luka,,

Cara makan:

Makan cara telan ikut preskripsi doktor bertauliah(accredited) sebelum makan atau ketika perut kosong untuk beri kesan serapan maksimum ubat.Ringkas ayat penyakit lebih cepat sembuh,,,atas izin Allah,,,,

Dos:(Dos ikut pamphlet)

Dewasa dan kanak-kanak umur lebih 12 tahun:
2 tablet 2 kali sehari ( 2tabs bd )
iaitu 2 biji sekali makan ,ulangi setiap 12 jam dalam tempoh 24 jam sehari.

Kanak-kanak umur 6-12 tahun:
1 tablet 2 kali sehari (1tab bd)

Jika umur bawah 6 tahun temui ubat bentuk air syrup,dengan dos yang lebih selamat di ambil

Frekuensi:

Frekuensi(kekerapan makan)ubat yang selamat kepada kes ringan yang biasa biasa ialah 2 kali sehari atau bd.
Jika temui kadar frekunsi makan tds(3) atau qid(4) sila rujuk semula pihak doktor atau farmasi tersebut,,,
Err,,elak makan lebih dos,,Terimakasih,,,

Kecuali untuk kes infeksi (PCP)Pneumocystis Pneumonia  :
temui dos di beri setiap 6 jam atau 4 kali dalam sehari,ikut preskripsi doktor berdasarkan berat badan 15/20mg/kg/dos bagi Trimethoprim dan 75-100mg/kg/dos bagi Sulphamethoxazole dalam tempoh 24 jam.

Tempoh(duration):

Hello,,sampai bila Co-Trimoxazole,jenis ,tablet, boleh di ambil makan?
Kes ringan yang Biasa tempoh popular sekitar 5 atau hingga 7 hari,,
Kes rawatan Pneumocystis Pneumonia(PCP) di ambil tempoh 14 hingga 21 hari,,
biasa ikut nasihat dan rawatan doktor pakar,,terserah,,,

Terlebih dos?

Hello,apakah solusi jika makan terlebih dos?
Mesti segera dapatkan rawatan kecemasan dari doktor anda,,,rawatan ikut sejarah kesihatan terkini anda,,
Contoh ,,mesti kosongkan perut dari sisa sisa ubat ini,,atau  rawat dengan Sodium Bicarbonate,,,
lebih lanjut rujuk doktor pakar berkenaan,,,maaf,,,,beri peluang kepada doktor merawat anda,,jangan cuba cuba rawat sendiri,,,,Terimakasih,,,

Kontraindikasi:

*Jangan makan jika tahu diri alergik dan tidak sesuai dengan Tablet Co-Trimoxazole
*Jangan makan jika liver(hati) dan renal(buah pinggang) anda rosak atau sakit,sila rujuk pakar
*Tablet Co-Trimoxazole boleh serap larut dalam susu ibu,beri risiko kepada bayi,,,
*Kontraindikasi kepada ibu mengandung
*Kontraindikasi kepada bayi baru lahir sekitar minggu pertama kelahiran

Kesan Tindakbalas(adverse reactions):

Ringkas ayat:
1.mual,loya atau muntah
2.Ruam gatal kulit
3.Sindrom Stevens-Johnson dan Lyell”s
4.Leukopenia,neutropenia dan thrombocytopenia,
jarang jarang sekali megaloblastic anaemia,

Cara simpanan:

*Simpan(Store) pada suhu bawah 25 darjah celcius
*Lindung(Protect) dari cahaya
*Simpan Jauh cari capaian bayi(=keep out of the reach of infants/babies)
*Simpan(store) tempat bersih kering,kedap udara

Tarikh Luput:

Rujuk kotak blister ubat semasa terima Buang jika telah tamat tempoh
atau rosak dengan cara rendam dalam air kosong hingga larut dan tuang dalam tandas,,

Sumber rujukan ubat ketika ini:

 Mohon Halal dan Terimakasih sumber rujukan tablet Co-Trimoxazole 480mg.

Pharmaniaga Manufacturing SdN bHD:
Kawasan Perusahaan Bangi,
43650 Bdr Baru Bangi ,
Selangor DE,
Malaysia.

Terimakasih sumber link wikipedia,,,,,

Nota kaki:
Pharmaniaga Manufacturing sdn Bhd.((n.d.).Co-Trimoxazole  Tablet(Pamphlet).Malaysia.Pharmaniaga Manufacturing Sdn Bhd.

Terimakasih semua,,,

Advertisements

4 thoughts on “Co-Trimoxazole,jenis,Tablet”

  1. I must thank you for the efforts you’ve put in writing this blog.
    I really hope to see the same high-grade content from
    you later on as well. In truth, your creative writing abilities has motivated me to get my very own blog now 😉

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s