Beli di Lazada

Calcium Lactate,Tablet, untuk tulang dan gigi yang rapuh,reput ,kembali padat dan kuat

 

 

Salam sihat selalu

Dengan Bismillah,mohon rahmat Ilahi saya ke sini blogging lagi
Tambah koleksi ubat seterusnya selagi upaya blogging di alam maya
Ketika awan sedang berarak mekar di kaki langit biru waktu pagi
Semoga koleksi nota ilmu ubat yang ringkas ini berfaedah dan tidak teraniaya

5JfR

Apa itu Calcium Lactate untuk tulang dan gigi yang kuat?
Calcium Lactate sejenis ubat bahan kimia,punya banyak jenama di pasaran dunia.
Punya kekuatan setiap satu tablet  ikut resepi sesebuah kompeni tanpa kombinasi bahan lain.
Mahu tahu kombinasi bahan lain-lain, termasuk jenis selain Calcium Lactate,
boleh klik iklan Lazada blog ini atau amazon.com,,,
Terimakasih,,,

Brand(jenama) kali ini bernama Calcium Tablet
Produk keluaran kompeni ubat popular Idaman Pharma Manufacturing
Sdn Bhd,Sungai Petani ,Kedah Malaysia,,mohon reviu Halal,Terimakasih,,,
Ketika nota ini di paparkan,ia belum terjual di Lazada,,,
akan datang saya pun tidak tahu,,maaf,,

Indikasi:

Untuk siapa dan kenapa pilih makan Tablet Calcium Lactate ini?
Ringkas ayat untuk saya,kalian yang dewasa,ibu mengandung dan menyusu
,wanita menopos ,mereka yang kemalangan sehingga patah tulang
dan mereka yang punya masalah kekurangan bahan supplement Calcium Lactate
kesan corak hidup atau cabaran dunia semasa ketika bernyawa,,

Ringkas ayat Calcium jenis power yang kuat untuk tulang dan gigi supaya sihat
Bila tulang sihat dan kuat, tidak mudah reput ,sukar patah ,
mampu memberi sokongan kepada semua sistem di dalam badan
jadi lebih seimbang sihat,,,dengan rahmat Allah,,,

Cara makan:

Dos di cadangkan ikut resepi kompeni ini ialah:
satu tablet 300mg  di makan 3 kali dalam sehari selepas makan,,
selang masa 8 jam dalam temoh 24 jam,
Ringkas ayat :1 tab tds(3)

Jika termakan lebih dos?
Segera rujuk doktor anda,,

Sedikit Nasihat :

*Dos selebihnya boleh rujuk doktor pakar yang merawat keadaan tulang/gigi anda,,
dari masa ke semasa,,,,
*Rujuk doktor anda sebelum cuba makan Calcium terutama yang punya
masalah kesihatan pelbagai,ibu mengandung dan menyusu,Terimakasih,,,
*Elak makan serentak bersama ubat jenis bahan kimia yang lain,,
*berikan masa selepas 4 jam di proses dalam perut usus
sebelum tambah makan ubat jenis lain,,
* untuk maksimumkan kadar serapan ubat
dan kadar larut ubat demi keselamatan hati,buah pinggang dan perut usus,,ambil bersama segelas 200ml air kosong atau lebih,,
terutama ketika selepas makan
Selebihnya Allah lebih mengetahui,,,,,
*Jangan ambil dos yang besar dan berganda elak risiko  batu karang atau risiko lain yang tidak di undang,,
*Jika sihat dan serasi,boleh sambung makan ikut dos yang betul,,,
*Henti makan jika doktor nasihatkan anda jangan makan Calcium Lactate
kerana kesan sampingan atau alergik,itu,,,

Kontraindikasi:

Kontraindikasi kepada meraka yang sudah terlebih supplement Calcium,
mereka yang punya masalah batu karang yang buruk,

dan sarcoidosis(http://id.wikipedia.org/wiki/Sarcoidosis)

Kesan sampingan/kesan tindakbalas

Biasa jika di ambil secara berlebihan atau dos besar berganda,,
Contoh kesan yang mungkin ikut nasib badan seseorang ialah:
Sembelit,anorexia,mual/loya ,muntah,sakit perut(abdorminal pain)
,lemah otot,haus/dahaga,polyuria(http://en.wikipedia.org/wiki/Polyuria),bingung,
sakit tulang turut muncul,

renal calculi atau (http://en.wikipedia.org/wiki/Kidney_stone),boleh jadi koma
dan masalah  berkaitan kardio,,

Cara simpanan:

* Simpan (store) pada suhu bawah 30 darjah celcius
(sebab jenis bahan kimia bukan herba,,)
* Lindung(protect) dari panas kuat
*Jauh dari kanak-kanak
*Simpan di tempat kering dan bersih ,halal
*Elak(avoid) habuk dan kotoran

Tarikh Luput:

Biasa 2 tahun dari tarikh di kilang
Buang jika rosak atau tukar warna atau basah

Kesimpulan:

Boleh makan Calcium Lactate jika sihat sesuai dan tidak alergik lagi
Makan ikut dos yang selamat supaya sihat elak risiko kesan sampingan
Jika makan cara sihat mampu buat tulang dan gigi tidak reput bergerigi
Sekian dahulu ,sedikit sahaja bukan semua orang mudah dapat kesan sampingan

sekadar hiasan

sekadar hiasan

Sumber Kilang :
Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd
Lot 24,Bakar Arang Ind. Estate,
Sungai Petani Kedah,
Malaysia

Jika suka,lain-lain(etc) ,Berikut dari Sumber Amazon

Now Foods Calcium Lactate Tablets, 250 Count

21B2ZuoxIaL._SL75_

Nota kaki:
Terimakasih sumber bahan rujukan:
Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd(November 2013).Calcium Lactate 300mg:Calcium Tablet 300mg.(Pamphlet).Malaysia.Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd.

Terimakasih sumber link dari wiki,,dan amazon,,,

Terimakasih semua,,,