Assalamualaikum/Salam sihat selalu,,
Salam seiring Bismillah,saya blogging ketika langit sedikit kelabu
Alam terdiam sepi,menanti mentari muncul lagi seiring cabaran dunia
Mohon rahmat Ilahi,saya tambah nota seterusnya semoga tidak berdebu
Temui ubat batuk jenis tablet yang mahu di sharing di alam maya

Ketika ini,jual di Lazada
Apa itu Pabron Cough Tablet?
Ubat batuk jenis tablet bukan jenis air, atas nama dagangan Pabron
nama kimia ialah Carbocisteine dengan kekuatan 375mg setiap satu tablet
Asal dari Taisho,Pharmaceutical Co,Tokyo ,Jepun,dengan jenama Pabron
Untuk siapa dan kenapa makan tablet ini?
Tablet ubat batuk dan cair kahak buat anak–anak umur 12 tahun
dan lebih ,sehingga/dan orang dewasa yang serasi dan tidak alergik
Secara ringkas dari segi Farmakodinamik:
-Carbocisteine bersifat mukolitik,
-Ia boleh mengubah struktur mukus jadi cair
-kurangi viskositi bagi senang buang kahak dari tindakan siliari
Farmakokinetik secara mudah(easy):
Bahan aktif Carbocisteine didapati cepat serap dengan baik:
-ke salur gastro usus,
-meresap dengan baik kedalam tisu paru-paru
dan membran mukus pernafasan
-dikumuhkan dalam air kencing
Ringkas Indikasi :
-Menolong legakan ekspektorasi atau batuk
-Cairkan kelikatan/kepekatan kahak(phlegm) kasi mudah dibuang
Alasan makan tablet ini:
-Mudah(easy) di telan
-Tidak beri kesan mengantuk(non-drowsy)
-Bebas gula tebu,tidak manis
-Harga berpatutan,beli ketika temui harga diskon
-Mudah di bawa berjalan
-Tidak perlu khuatir masalah ubat syrup tumpah/ditumpah
Ibu mengandung/menyusu:
-Masih belum punya kepastian,,
Kontraindikasi:
Kontraindikasi kepada pesakit yang punya masalah peptik ulser yang aktif
Kontarindikasi kepada anak-anak umur 2 tahun dan kebawah
Henti jika alergik,,
Kesan interaksi dengan ubat lain:
Bagi mengelak kesan risiko tindakbalas dengan ubat lain,
sila jangan ambil bersama ubat-ubat lain,,
-rujuk segera doktor anda jika temui kesan luar biasa buruk,,,
Awasi amaran dan pencegahan:
Semasa rawatan,tolong jangan ambil makan bersama ubat batuk jenis selainnya
Beritahu pengamal perubatan/doktor jika anda sedang hamil atau menyusu bayi
Tolong jangan makan lebih dari dos yang di syorkan,,Terimakasih,,
Jika ambil lebih dos?
Henti segera,jangan makan tablet ini lagi,segera rujuk doktor anda,,
Kesan Sampingan:
-mual(nausea)
-perut(stomach) tidak selesa
-pendarahan(bleeding)di perut usus dan ruam kulit(skin rash) pernah terjadi
sekali sekala,,,,
Cara makan:Dos yang disyorkan?:
Anak-anak umur 12 tahun ketas dan dewasa:
2 tab tds x 5 hari ,,,atau
2 tablet sekali makan ulang 3 kali dalam sehari untuk 5 hari
dalam selang masa 8 jam sekali makan selepas makan ,,,
jika batuk dan kahak(phlegm) sukar sembuh,rujuk semula doktor anda,,
Cara simpanan(storage)
Simpan pada suhu(temperature) bilik atau suhu bawah 30 darjah celcius
Lindung(protect) dari cahaya panas,,haba,habuk,,
Jauhi dari kanaka-kanak (keep out of reach of children )
Tarikh Luput(expiry date):
Rujuk kotak bungkusan semasa beli/terima
Buang jika sudah rosak atau tamat tempoh,,
Cara buang ubat tamat tempoh:
Korek keluar dari blister pack,buang palstik blister berasingan dari tablet
Rendam tablet sendirian dalam air hingga larut jika kuantiti banyak
jika sedikit boleh terus curah dalam tandas,,
Awas jangan buang dalam hutan atau alam sekitar
begitu begitu sahaja,,,maaf,hargai alam milik Allah,,,
PS:Cough medication,jenis tablet pabron rawat batuk dan kahak(phlegm)
anda,sehingga dikemaskini,
Kesimpulan:
Dengan Bismillah,saya tambah nota produk reviu kategori cough treat
Maaf blog menuju 2020,semoga mampu hidup dan berdaya saing di alam maya
Nah,jika suka boleh beli dan cuba makan tablet pabron sebagai cough treat
Manusia usaha kerja baik halal,Allah penentu segalanya semoga tidak aniaya
Sekian,,
Terimakasih sumber bahan rujukan:
Taisho Pharmaceutical Co.Ltd.Japan.(January 2014).Pabron Cough Tablet.(Pamphlet).Hoe Pharmaceutical sdn bhd,Klang Malaysia.
Terimakasih sumber iklan Lazada
dan semua pengunjung,,,
Categories: Cough Medicines, Cough tablets, Phlegms
Maaf cerita pasal keyword di Google, ikut angaran nilai cpc (cost per click,)
atau pay per-click(ppc) ketika ini,,jika guna ayat-ayat(bahasa) contoh berikut :
ubat(bahasa Malaysia) = rm1.08
ubat.net = terkini saya baharu tahu = rmzero (terkini buat koma(,) letak Drugs,,
harap pihak Google boleh bertolak ansur guna kombinasi keyword bahasa
Melayu(Malay) dan bahasa Inggeris untuk lebih profit ,,,,
supaya bahasa Melayu boleh terus hidup ceria di internet,,,
dan pengunjung boleh terima hakikat keyword dengan profit
Drugs(bahasa Inggeris) = rm10.08
cough treat =rm68.63
cough medication = rm22.68
doa(bahasa Malaysia) = rm 0.41
pray(bahasa Inggeris) =rm7.28,,,,
Jika mahu lebih detail boleh rujuk cara berbayar dengan kompeni berbayar
seperti SEMrush dan Google Keyword Planner yang free atau berbayar,,,
Blogging bukan omongan kosong sahaja,,,?,Mohon di berkati Allah,,
Biasa Blogger lama lama sudah jelas,,saya mesti terus berlajar dunia blogging,,
sekian,,,