Assalamualaikum/Salam Hello,,
Bismillah,sebagai pembuka bicara alam maya mohon redha Allah
Nota dilakar buat koleksi ilmu yang dikenali,ikut postingan blog
Jika di simpan didada sendirian,tidak juga beri kebaikan sejagatlah
Nah,saatnya temui kini ,apa itu krim vizomet buat info percuma di blog
Pengenalan Ringkas?
Bahan aktif/Kandungan kimia sintetik kortikosteroid
utama di kenali mometasone furuoate dengan kekuatan 0.1% ,,
Nama ikut jenama(brand) contoh dari foto vizomet cream 0.1%
Ketika entri ini di catat,
Jenama vizomet ini,guna 2 bahan pengawet berikut:
Methyl Hydroxybenzoate 0.2%
Propyl Hydroxybenzoate 0.1%
Indikasi;
Atasi(relief) masalah inflammasi kulit gatal, pruritik
kategori ubat pakar kulit,,
Cara Guna
Buat sapuan nipis ringan di kawasan kulit ikut preskripsi
doktor pakar kulit sekali sehari 24 jam,,
sehingga tempoh tiga(3) minggu atau lebih awal bila perlu,,
Henti serta-merta jika alergik dengan bahan aktif mometasone
atau bahan pengawet atau salah satu atau semua bahan terkandung,,,
rujuk segera doktor pakar kulit anda,,
Rujuk semula doktor anda jika vizomet tidak serasi pulih gatal?
dan sebaliknya,sambung guna bila perlu jika inflamasi berulang?
tanpa dos yang berlebihan dan tempoh 5 hari jika kanak-kanak
atau di kulit muka ,ikut arahan doktor pakar kulit,,
Kontraindikasi:
Awas! Kontraindikasi kepada kes-kes berikut:
Mereka yang alergik dengan benda Allah ini,,
Tidak sesuai di guna sapu kepada meraka yang sensitif krim vizomet
etc:
Kulit jerawat(acne vulgaris)
facial rosacea
perioral dermatitis
perianal dan genital pruritis
gatal(itchy) dari lampin bayi(napkin)
infeksi bakteria seperti impetigo,
infeksi kulit viral seperti kayap(herpes simplex),demam campak(chickenpox)
infeksi kulat(fungal) seperti candida
infeksi tuberkulosis,
infeksi gatal(itchy) syphilis atau sakit kelamin
reaksi kulit(skin) kesan guna vaksin(post-vaccine reactions)
Amaran/Perhatian
Elak guna dalam tempoh jangka masa terlalu panjang
atau jangan lebih dari tiga minggu,kepada semua peringkat usia.
Jangan guna tanpa nasihat dan rawatan doktor pakar kulit,
Sekali lagi cakap,,Henti,,henti serta merta jika alergik ,,,sensitif
Interaksi ubat
Alhamdulillah,Tidak terdapat kesan interaksi buruk dengan ubat lain,,
Jika anda temui,,boleh kongsi info?,,terimakasih,,
Perhatian pregnancy/laktasi
Kesan kepada ibu mengandung,?
belum temui kesan buruk,
namun ubat jenis kortikorsteroid tidak boleh di guna
bagi pregnancy,untuk tempoh jangka panjang termasuk kuantiti berlebihan,,,
Kesan kepada ibu yang laktasi?
Belum temui kesan buruk,,
Namun ia boleh di serap melalui susu ibu,,
guna cara selamat ikut nasihat doktor pakar kulit bila perlu,
awasi ,berhati-hati selalu,?
Kesan Sampingan:
sensasi kulit terbakar(burning)
hipopigmentasi kulit
paresthesia,sensasi inflammasi kulit sementara,
inflammasi folikul rambut dikulit ,folliculitis
kembali gatal ,pruritis?
tingling(kesemutan),stinging(rasa pedih),atrophy,?
Sintom/Rawatan(treatment) kesan lebih dos?
Kegunaan yang kerap dan berlebihan dos,
beri risiko stress/gangguan kepada fungsi pituitari adrenal,,
Rawatan seimbangkan kadar elektrolit badan di perlukan
jika kes kronik yang sangat toksik ?
Segera rujuk semula doktor pakar anda,,
Cara Simpanan(storage)
Simpan(store) pada suhu(temperature) 25 darjah celcius
Tempat bersih,bebas habuk,jerebu
Lindung(protect) dari cahaya panas
Tarikh Luput
Rujuk kotak bungkusan semasa terima
Buang jika sudah tamat tempoh,kotor
atau rosak,,
PS:Krim Vizomet 0.1%,lebih power,rawat gatal dan inflammasi kulit
Penutup:
Dengan Bismillah saya buka dan tutup postingan yang dilakar
Dunia temui pelbagai ubat gatal yang boleh di temui cari
Namun ,gunalah vizomet ikut nasihat dan rawatan doktor pakar
Guna bila perlu,tanpa lebih dos,semoga serasi,bebas gatal tidak terperi
Rujukan:
Terimakasih sumber link dan rujukan:
Xepa-Soul Pattinson (M) SdN Bhd.(21.10.2013).Vizomet 0.1% cream.(Pamphlet).Xepa-Soul Pattinson(M) Sdn Bhd,Melaka Malaysia
Terimakasih Allah,,
Terimakasih semua,,
Categories: Itchy Skin, Various Medicines in Malaysia
You must log in to post a comment.