Bismillah Laa illa haillallah Muhammadur Rasulullah
Allahumma solli a’ala Muhammad wa’ala a’li Muhammad Alhamdulillah
Secebis renungan buat sendiri dan yang suka baca
Bersumberkan Al Quran lebih afdal di ulang ingat dan baca
Al Quran,Surah Al -Infithaar ,ayat 10-19
Auzubillahiminashyaithonirrojeen
Bismillahirrohmanirroheem,,
Yang maksud terjemahannya ialah:
10.Dan sesungguhnya atas diri mu ada penjaga-penjaga
11.Yang mulia-mulia lagi menuliskan (amalan kamu)
12.Mereka mengetahui apa-apa yang kamu perbuat
13.Sesungguhnya orang yang baik-baik dalam kenikmatan syurga
14.Dan sesungguhnya orang-orang yang jahat dalam neraka
15.Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan itu
16.Dan mereka tiada dapat lari daripadanya
17.Tahukah engkau apakah hari pembalasan itu?
18.Kemudian,tahukah engkau apakah hari pembalasan itu
19.Yaitu hari yang tidak berhak seseorang menolong
yang lain sedikit pun dan segala urusan pada hari itu
terserah kepada Allah
Sadaqallah hulla’zeem,info tafsiran
tanyalah ustaz/zah fisabilillah ,tanpa hairan
Apa yang awak faham?
Di kiri kanan sis dan awak semua yang bernama
hamba Allah ada malaikat pencatit amalan baik boleh faham?
dan juga amalan jahat yang manusia buat ikut rasa suka ,berupah/berasuah dan/atau percuma
Astagafirullah,, seterusnya amalan baik bawa kita ke syurga Allah
Amalan jahat bawa kita ke neraka juga balasan dari Allah
Tiba masa kelak,kita tidak boleh lari keluar dari padang Mahsyar
tempat perhitungan amalan baik dan jahat dunia semasa hidup
Kita telah di kepung oleh peraturan Allah di Padang Mahsyar
Tuhan Pencipta sekalian makhluk yang tidak mati dan kekal hidup
Teruskan,,Allahumma solli a’ala Muhammad SAW
Wa’ala a’li Muhammad ,satu cara ,elak neraka perbanyakkan selawat
untuk mudah di kenali sebagai umat Nabi Muhammad oleh Allah dan Nabi Muhammad SAW
Dan ada bantuan hayat beroleh syafaat beliau untuk ke syurga dengan tiket selawat
wallahuaklam ,,
Langsung bawa angka covid Malaysia ikut vlog ringkas jer
buat bingkisan keinsafan,pasti akhirat angka,lebih teruk jika
tidak buat kerja baik semasa hidup,sendiri susah bakal jadi ahli neraka jer?
nauzubillah,,semoga di beri hidayah oleh Allah ke syurga buat baik belaka
Ringkas bicara berikut angka fakta covid Malaysia kali ini
Semua trend angka meroket turun ,apa dia,,subhanallah bawah sini
1.Total kes keseluruhan positif baru = 5434
2.Kes Lokal = 5429
3.Kes Import = 5
4.Kes kematian = 72 (bid = 9 + bukan bid = 63)
5.Kes ICU = 679 ( UV= 332 + V= 347)
6.Kes Perlukan bantuan alat pernafasan =v=ventilator = 347
Zikrullah dan selawat jadi tiket bebas neraka
Mohon doa semoga tidak muflis pahala di akhirat sana
Inna lilla hi wainna ilai jirojiuun semoga di lindungi Allah,elak neraka
Peluang buat sedekah Al Fatihah dan ayat Qursi kepada yang telah pindah ke sana
Sekian Terimakasih Allah
Terimakasih semua Alhamdulillah
Categories: Work in Progress
You must log in to post a comment.