Salam sejahtera,,
Temui nota ubat ketika ini di popular panggil koyok seperti gambar
Nama Generik:Ketoprofen 30mg (kandungan aktif)
Antara nama dagangan:Ketotop
Indikasi:
Lagi ubat penahan sakit yang saya kenali tanpa dengki.
Ubat-ubat moden mampu menghilangkan sakit -sakit ringan
atau sakit sedikit teruk yang tertentu disahkan oleh doktor.
Mengandungi bahan kimia yang telah ditetapkan
mengikut piawaian tertentu.
Secara ringkas adalah seperti gambar.
Amat popular untuk kegunaan luar sahaja iaitu ditampal.
Sebagai ubat penahan sakit untuk keadaan:
*Sakit ringan atau sederhana,
*sakit badan,
*sakit tulang dibelakang,
*di kaki,di tangan, di bahu,
*Sesuai untuk senggugut
*tidak popular untuk sakit kepala.
Penggunaan yang amat popular di hospital.
Mungkin sebab punya power dan antara ubat penahan sakit
kategori Pakar ,List A.Harga dikira mahal.
Namun keberkesanannya tetap bergantung kepada individu juga.
Tedapat banyak brand lain di pasaran.
Cara Guna :
Tampal satu koyok ditempat yang sakit yang tidak punya luka terbuka,
tidak melecur ,tidak punya membrane mukosa
selang 12 jam sekali atau 1 hingga 2 kali sehari bila perlu.
mengikut preskripsi doktor.
Elak terkena mata.
Kesan sampingan:
*Biasa ruam ,
*sedikit kegatalan dan kemerahan pada kulit,
*paling kurang kesan sampingan
berbanding penahan sakit lain yang diambil secara oral.
Nasihat lain-lain,:
Selamat untuk warga emas , termasuk semua orang dewasa .
Tidak digalakkan untuk pregnancy mother dan kanak-kanak.
cuma kurang power berbanding ubat oral
atau yang dimakan bergantung kepada individu . ,
boleh cuba ,,,kalau sakit.
Kalau tidak sesuai atau dapat alahan
jumpa semula doktor anda.Hentikan pengambilan.
Cara Simpan
*di tempat bersih dan kedap udara.
*Simpan pada suhu 25°C,
*Lindung dari cahaya
*Jauhi dari kanak-kanak
Tarikh Luput:
Boleh tengok pada pembalut ubat biasa tiga (3) tahun dari tarikh pengilangan.
Saya akan buang selepas lembab atau kotor terkena air ,elak jangkitan bacteria.
Manusia merancang Allah menentukan.
Leave a Reply to best dating sitesCancel reply