Salam sejahtera,,
Ini ubat cair kahak,,,
Secara ringkas seperti biasa,,
Apa nama ubat itu????
Nama Generik:Tablet Bromhexine 8mg
Nama Dagangan:Tablet Bisolvon 8mg.
Terdapat banyak brand di pasaran ,,
Harga tidak mahal ikut kualiti dan persekitaran pasaran.
Keberkesanan tetap bergantung kepada individu,,
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor sebelum
cuba ambil makan.
Kegunaan;
Atasi masalah kahak,cair kahak,,,
Dosage:
Dewasa oral:1biji hingga 2 biji sekali makan
setiap 6 jam atau 8 jam dalam sehari.
atau 3 hingga 4 kali sehari.
Sumber Doses Frank Shannn ;
Oral Dewasa: 0.3mg/kg atau 16mg atau 2 biji setiap 8 jam
untuk tempoh masa seminggu.
kemudian kurangkan kepada
0.15mg/kg atau 8mg atau 1 biji setiap 8 jam dalam sehari.
Boleh ambil sebelum atau bersama makanan atau selepas makan.
Kesan serapan maksima ambil setengah jam sebelum
atau setengah jam selepas makan.
Kalau ada masalah gangguan perut ambil selepas atau bersama makanan.
Kanak-kanak ada persediaan bentuk syrup ubat minum,,
lain kali ada masa sy ceritakan,,
Kesan Sampingan;
Sangat kurang kesan sampingankalau
di banding dengan ubat lain.
Mungkin ada sedikit masalah gangguan perut
kepada kalian yang ada gastrik.
Boleh cuba kalau ada masalah kahak itu,,
Kalau tidak cukup berkesan atau kurang power,,
dapatkan rawatan lanjutan ,,,
Jangan salahkan ubat ini atau sy atau doktor anda,,,
atau diri anda sendiri,,
Leave a Reply to decanter top shelfCancel reply