Assalamualaikum/Salam sejahtera,,
Bismillah,,
Syukur dapat kembali blogging tambah koleksi selanjutnya.
Apa ini Telmisartan ?
Telmisartan ialah ubat makan tablet atas nama kimia.
Antara nama dagangan ialah brand Micardis,ubat popular kategori Pakar.
Punya kekuatan 20mg atau foto atas 40mg setiap sebiji.
Kekuatan brand dari Micardis 80mg
.
Indikasi:
Untuk siapa dan kenapa perlunya ubat ini?
1.orang dewasa yang punya masalah hpt atau darah tinggi
2.lelaki atau perempuan dewasa yang punya masalah
berkaitan kardio atau jantung,,,
Cara ambil:
Bila dan bagaimana mahu makan ubat ini?
Ambil bila perut kosong atau selepas makan atau bersama makan pagi.
Telan dengan segelas air kosong bersih suam atau sejuk.
Jika temui kesan sampingan terutama muntah atau gangguan perut
Lebih baik ambil selepas makan atau bersama sedikit makanan.
Ikut preskripsi dari doktor Pakar.
Di mana
boleh dapatkan ubat Temilsartan ini?
1.Di pasaran global secara belian di kedai farmasi swasta,
2.atau di farmasi hospital swasta,
3.termasuk di farmasi hospital milik kerajaan secara percuma di Malaysia,
4.atau jenama Micardis di Boehringer Ingelheim Pharma Gmbh & Co.KG Ingelheim am Rhein,
kilang dari Germany.
Bagaimana kesan sampingan ubat ini?
1.muntah,sakit perut,gangguan penghadaman,cirit,
2.hipotensi,vertigo
3.ruamrash),masalah gatal kulit,
4.insomnia,depresi,anxiety
5.anemia,
6.sakit dada,
7.sakit belakang,kejang otot,
8.mulut kering(dry mouth)
Cara simpanan:
1.Simpan suhu bawah 25 darjah celcius
2.Lindung dari cahaya panas terik
3.Elak dari habuk kotoran,binatang,
4.Jauhi dari kanak-kanak
5.simpan tempat kering ,,elak basah.
Tarikh Luput:
Sila rujuk blister pack terkini atau pada kotak bungkusan ubat.
Sekian,,nota ringkas ubat kali ini,,
Leave a Reply to dashboard verizon xenda universalCancel reply