Salam sejahtera,,,
Temui apa lagi ????
Temui rakan frusemide bernama hydrochlorothiazide atau HCTZ
atas nama kimia.Antara nama dagangan ialah hydrochlorzide .
Punya kekuatan 25mg dan 50mg setiap sebiji di pasaran sedunia.
Indikasi:Kepada siapa dan kenapa ubat ini di perlukan?
1.Buat insan sedunia yang punya masalah edema
2.mereka yang punya masalah berkaitan darah tinggi.
Cara ambil:Bagaimana boleh ambil makan ubat ini?
Setelah dapatkan rawatan dari doktor bertauliah.
Ambil ikut preskripsi doktor itu selepas makan bersama
segelas air kosong.
Dimana boleh dapatkan ubat ini?
Tentu saja secara belian di kedai farmasi persendirian,
swasta atau farmasi hospital swasta.
Secara percuma masih di farmasi klinik
dan hospital kerajaan Malaysia.
Secara belian,antara sumber kilang di:
1.Xepa-Soul Pattinson(Malaysia) Sdn Bhd ,
1-5 Cheng Industrial Estate,75250,Melaka Malaysia.
2.Lain-lain sumber rujukan ilmu ,,,,Apotex Canada
Kesan Sampingan:Bagaimana kesan sampingan ubat ini?
Secara ringkas ialah:
1.mual,muntah,anorexia
2.kesan gastrik
3.samada cirit atau sembelit
4.pening,telinga berdesing
5.hipotensi
6.kulit ruam gatal
7.kencing normal lebih kerap.
Cara simpanan:Bagaimana cara simpanan ubat ini?
1.Di Malaysia suhu bawah 25-30 darjah celcius kira ok,,
2.Lindung dari habuk dan kotoran
3.Jauhi dari kanak-kanak
4.Simpan tempat kering ,elak basah.
5.Elak dan jauhi dari serangga atau binatang.
Bagaimana tarik Luput?
Rujuk bilster pack ubat atau kotak bungkusan ubat berkaitan
atau rujuk pembekal atau kilang,atau 5 tahun dari tarikh di kilang.
Atau buang segera jika ubat rosak tukar warna atau di hidu ,
di jilat serangga lipas seperti gambar atas .
Sekian,,,catatan ringkas kali ini,,
Terimakasih semua,,,
Leave a Reply to Exercises Increase HeightCancel reply