Salam sejahtera,,,
Lalui detik masa penuh faedah demi Tuhan dan diri.Biar masa suci berjalan melangkah
arus semasa duniawi.Teruskan Usaha ke arah kebaikan hidup ,,,
Apa lagi koleksi mampu tambah kali ini?
Temui koleksi ubat untuk sebuah catatan maya terdiam sepi,bernama ubat tablet Carvedilol atas nama kimia.
Antara nama dagangan ialah Cardiol dengan kekuatan 6.25mg setiap satu biji,Carvepen 6.25mg/25mg dan
Vacodil 6.25mg/25mg ,,penuh harapan sihat.
Indikasi:Untuk siapa dan kenapa ubat ini di perlukan?
Untuk mereka yang sesuai dengan rawatan berkaitan penyakit darah tinggi atau hpt atau kardio atau jantung itu.
Cara ambil makan:Bila,bagaimana dan sampai bila mahu ambil makan ubat ini?
Setelah dapatkan rawatan lanjutan dari doktor pakar bertauliah,ambil bersama makanan atau selepas makan ikut preskripsi doktor pakar.
Kebanyakan mereka yang sesuai makan ubat ini,,pasti ambil makan seumur hidup,mampu hidup sihat,panjang umur,sehingga
akhir hayat di dunia,,,sampai tiba saat kematian itu.Oh Tuhan,,manusia tidak mampu tongkat dunia,alam jadi saksi.
Kesan sampingan;Bagaimana kesan sampingan ubat ini?
Antara kesan sampingan:
1.mual,loya .muntah,
2.cirit atau sembelit
3.sakit perut,
4.Pening atau sakit kepala,hipotensi
5,Sakit dada,edema,
6.masalah gatal kulit,mulut kering
7.iritasi pada mata atau gangguan penglihatan,
8.asthma,
Cara simpanan ubat ini:Bagaimana cara mahu simpan ubat ini?
1.Simpan pada suhu 25 darjah celcius
2.Lindung dari cahaya panas
3.Elak habuk dan kotoran
4.Simpan tempat kering,elak basah
5.Jauhi dari kanak-kanak,,
Tarikh Luput: Bagaimana tarikh luput ubat ini?
Rujuk tepi blister ubat atau bungkusan semasa atau pembekal.
Biasa 24 bulan atau 2 tahun dari tarikh di kilang.
Sumber rujukan ubat Carvedilol :Di mana boleh dapatkan ubat ini?
1 Sumber percuma di farmasi hospital dan klinik kerajaan Malaysia
melalui preskripsi doktor pakar, kerajaan Malaysia.
2.Secara belian di farmasi persendirian,swasta dan farmasi hospital pakar swasta
melalui preskripsi doktor pakar bertauliah.
3.Manufacturer’s Pill,Carvepen 6.25mg/25mg,Elpen Pharmaceutical Co,Inc,95,Marathonos Ave,19009, Pjkermi,Attica,Greece.
4.Manufacturer’s Pill,Vacodil 6.25mg/25mg,Aurobindo Pharma Limited,Andhra Pradesh,India,prepared on 2/07/08
5.Manufacturer’s Pill,Cardiol 6.25mg,Yung Shin Pharmaceutical,Ind,Co.Ltd,Taichung,Taiwan R.O.C.
Sekian,,nota ubat ini saat dan ketika begini,,tanpa gambar sebab wajah/warna ubat sering bertukar
ikut R & D kompeni ubat,,
Terimakasih semua,,
Leave a Reply to GilberteWGoatesCancel reply