Salam suci bulan Syaaban yang mulia dalam Islam
Teruskan perjalanan hidup demi masa tidak sia-sia
Apa lagi koleksi nota ubat untuk diari ubat maya ini?
Temui ubat bernama Atorvastatin Calcium equivalent
to Atorvastatin atas nama kimia dengan kekuatan
setiap sebiji 10mg/20mg/40mg.
Antara nama dagangan ialah Atacor dan Atorvastatin Winthrop
dengan kekuatan sama di atas.
Indikasi:Untuk siapa dan kenapa perlunya ubat ini?
1.Turun atau kurangkan kadar kolestrol tidak baik
bagi insan yang alami masalah kolestrol berlebihan itu.
2.Elak atau kurangkan risiko stroke atau serangan jantung kesan lebih kolestrol
Cara makan:Bila dan sampai bila perlu makan ubat ini?
Tentu sekali setelah dapatkan rawatan doktor pakar itu.
Biasa ambil makan sebelah malam selepas makan bersama
segelas air kosong setiap hari ikut selang masa yang
di tetapkan dari perskripsi doktor itu.
Sebahagian insan biasa makan seumur hidup,
mesti makan ikut rawatan susulan penuh disiplin untuk
sihat ceria,,elak singgah ke ICU atau wad sana situ,,
Kesan Sampingan:Bagaimana kesan sampingan ubat ini?
Antara kesan tidak diundang yang mungkin ialah:
1.Mual,loya atau muntah
2.samada cirit atau sembelit
3.sakit perut
4.Insomnia atau sukar tidur
5.sakit kepala,
6.sakit dada,sakit badan belakang,edema
7.Berat badan bertambah
8.Alopecia atau rambut gugur
9.Kulit ruam,gatal,,
10.Hepatitis ,jaundis,,
Cara simpanan:Bagaimana kaedah simpanan yang dikira selamat?
1.Simpan pada suhu bawah 25darjah celcius
2.Lindung dari cahaya panas
3.Elak habuk ,kotoran,binatang peliharaan
4.Tempat bersih,kering tidak berair
5.Jauhi dari kanak-kanak
6.Buang segera jika tamat tempoh atau rosak
Tarikh Luput:Berapa lama Tarikh Luput Ubat ini?
Keluaran Atacor 10MG , 3 tahun dari tarikh di kilang
Atacor 20MG/40MG, 2 tahun dari tarikh di kilang
Boleh rujuk kotak ubat ikut jenama di pasaran
Buang segera jika rosak atau tamat tempoh atau
tarik luput jadi ragu-ragu tidak jelas.
Sumber-sumber rujukan:Di mana boleh dapatkan ubat ini?
Saat dan ketika ini,,
1.secara percuma untuk rakyat Malaysia,di farmasi klinik
dan hospital kerajaan Malaysia melalui rawatan dan preskripsi doktor pakar itu.
2.secara belian kecil di kedai farmasi atau hospital pakar swasta
3.secara belian banyak ,antara kilang ialah:
1.Manufacturer’s Pill,Atorvastatin Wintrop 10mg/20mg/40mg Zentiva, KS ,Prague 10,Czech Republic,Rev:Feb 2010.
2.Manufacturer’s Pill,Atacor 10mg/20mg/40mg,Actavis hf,
Reykjavikurvegur 78,IS-220 Hafnarfjordur,Iceland,Rev;nov2009
Sekian,,Terimakasih semua,,
Leave a Reply to hdmi motorola ericsson cellphoneCancel reply