Salam sejahtera
Teruskan catatan nota ubat seterusnya buat koleksi kali ini
Ketika bulan Muharam terus berjalan menongkah arus masa duniawi
Temui apa lagi?
Saat dan ketika ini temui ubat biji bernama Digoxin BP atas nama kimia
dengan kekuatan setiap sebiji 0.25mg atau 250mcg.
Antara jenama dagangan di pasaran ialah LanoxinTM Aspen
Indikasi:Untuk siapa dan kenapa mesti makan ubat Digoxin?
Buat insan yang di uji dengan penyakit jantung ,telah di sahkan oleh doktor bertauliah itu
mesti usaha rawat untuk elak serangan jantung atau stroke atau angin ahmar itu,
Selamatkan dan sayangi jantung anda,,semoga kembali hidup sihat sejahtera,,
Cara ambil makan:Bagaimana dan sampai bila mahu makan Tablet Digoxin?
Tablet Digoxin di ambil makan secara oral ,,selepas makan ikut preskripsi doktor
Biasa makan satu kali sehari waktu siang sahaja,dari suku biji,atau setengah biji atau satu biji,,
setiap hari ,,biasa sampai seumur hidup,jika sesuai badan sihat,,
Elak dos berlebihan dan lihat reaksi badan mampu sihat atau tambah sakit jantung,,
Jika selepas makan ubat temui kesan jantung terus berdebar semakin kuat pening kuat
atau salah satu kesan itu,,sila henti makan dos tersebut,,
temui semula doktor dengan kadar segera,,untuk rawatan lanjutan atau tukar dos ubat
ikut nasihat dan rawatan doktor,,
Jika badan serasi dan sesuai ikut dos tersedia itu,,jantung terus sihat ceria,
,sila disiplin makan ikut selang masa di tetapkan dan jangan lupa makan ubat Digoxin,,
Jika terlupa makan ,,jangan gandakan dos anda,,makan ikut dos serasi sihat itu,,
Sila dsiplin untuk teruskan janji temu rawatan dan nasihat dari masa ke semasa bersama doktor anda,,
supaya sihat dan pastikan ubat Digoxin tidak pernah putus bekalan,,
Kesan Sampingan:Bagaimana kesan sampingan setelah makan tablet Digoxin?
Antara kesan tidak di undang datang ialah:
1.Mual,loya atau muntah
2.Anorexia,,
3.boleh jadi cirit
4.sakit kepala,,
5.jantung berdebar lebih kuat dari biasa jika lebih dos atau tidak serasi
6.bingung,,depresi,,
7.badan letih lesu,,
8.Gangguan penglihatan
Cara simpanan:Bagaimana cara simpan tablet digoxin?
Simpan suhu bawah 25 darjah celcius,,
Seperti cara simpanan ubat biji makan yang lain,,
Tarikh Luput:Sampai bila boleh tahan simpan ubat ini?
Ikut tempoh mula dari tarikh di kilang sehingga 5 tahun
Buang segera jika rosak atau tamat tempoh atau jika tidak pasti tarikh luput,,
Sumber Rujukan:Di mana boleh dapat ubat biji Digoxin?
1.Di Farmasi milik kerajaan Malaysia
2.Farmasi swasta
3.Manufacturer’s Pill,LanoxinTM 0.25mg,Aspen Bad Oldesloe,GmbH,Germany,rEV:8/2011
Sekian,,Terimakasih semua,,
Leave a Reply to suits x largeCancel reply