Salam sihat sejahtera,,
Apa lagi koleksi nota ubat selanjutnya?
Kali ini temui ubat di kenali tablet Isoniazid BP atas nama kimia
dan nama dagangan juga sama Isoniazid.
Punya kekuatan setiap sebiji ketika ini temui 100mg dan 400mg.
Indikasi:Untuk apa ,kepada siapa dan kenapa makan ubat Isoniazid?
Untuk rawat @ atasi dan cegah penyakit batuk tibi atau ubat antitibi popular
Untuk insan yang di uji penyakit batuk tibi yang di sahkan oleh doktor.
Cara makan;Bagaimana cara ambil makan ubat isoniazid ?
Ikut nasihat dan preskripsi doktor bertauliah,
Di ambil selepas makan ikut preskripsi doktor,,
dari bentuk tablet/ubat biji dan ubat syrup cecair isoniazid
ikut kondisi hasil rawatan pesakit oleh doktor dan dos ikut berat badan.
Kesan sampingan:Bagaimana kesan sampingan setelah makan Isoniazid?
Antara kesan sampingan ;
1.Hepatitis
2.mual,loya,muntah
3.hilang selera makan(loss of appetite),Letih lesu,,
4.Demam(fever),sakit tekak (sore throat)
5.Ruam gatal,
6.Depresi,sawan,
7.Gangguan penglihatan atau hilang daya penglihatan
8.Koma,cirit(diarrhea) atau sakit perut jika lebih dos
Cara simpanan:Bagaimana cara simpan Isoniazid?
Jenis biji stor ikut suhu bawah 25-30 darjah celcius,seperti simpanan ubat biji yang lain,,
Jenis syrup air simpan dalam peti sejuk ,suhu bebas dari pembiakan bakteria
tetapi bukan di tempat sejuk beku,,,
Tarikh Luput:
Tablet biasa ikut tarikh dari tarikh di kilang hingga 3 tahun
Jenis Syrup isoniazid tanpa bahan pengawet tahan 2 minggu,,
Sumber Rujukan: Dari mana boleh dapatkan ubat Isoniazid jenis tablet dan syrup?
Ketika ini,jenis tablet dan syrup air, secara percuma melalui rawatan dan preskripsi doktor
di klinik dan hospital kerajaan Malaysia
Pengilang ketika ini,,di bawah sini,
akan datang wallahuaklam,maaf
1.Manufacturer’s Pill,Isoniazid 100mg/400mg/tablet,Duopharma (M)sdn bhd,
Taman Klang Jaya,Klang ,Selangor DE Malaysia.
2.Manufacturer’s Pill,Isoniazid 400mg/tab,Mediwin Pharmaceuticals,Amedabad 382330,Gujarat,India.
Sekian,,Terimakasih semua,,
Leave a Reply to auxiliary adapter alcatel sparqCancel reply