Salam sejahtera,,
Mahu buat koleksi ubat batuk pelbagai jenis di pasaran ketika ini
Kali ini Tengok gambar,,apa itu Hurix’s Fluaway Syrup?
Hurix’s Fluaway Syrup adalah nama dagangan bagi ubat batuk jenis herba
Ketika ini keluaran kilang dari Malaysia,,Harga sebotol 60ml=RM9.90.
Bertanda /cop halal dari JAKIM,
Punya 5 kandungan bahan herba ubat termasuk satu bahan pengawet dalam setiap 5ml.
Terdiri dari:
1.Radix Plattcodon Grandiflorum 60mg
2,Radix Schizonepeta Tenufolia 120mg
3.Radix Ledebouriella Divaricata 120mg
4.Fructus Forsythia Suspensa 120mg
5.Herba Mentha Arvensis 120mg
dan preservative atau bahan pengawet Sodium Benzoate 5mg
Indikasi:Untuk siapa dan kenapa pilih minum ubat batuk ini?
Di guna secara tradisional untuk atasi atau legakan masalah selsema,
demam atau badan panas ,sakit kerongkong,batuk dan kurangkan kahak.
Buat insan yang di uji masalah berkaitan di atas,,
Cara makan:Bagaimana cara minum ubat herba ini?
Goncang botol sebelum minum,
Dewasa:
1 sudu makan atau 10ml sekali minum
Kanak-kanak umur 1-6 tahun:
1/2 sudu the atau 2.5ml sekali minum
Kanak-kanak umur 6-12 tahun:
1 sudu the atau 5ml sekali minum tanpa air,,
Ulang 4-5 kali dalam sehari 24 jam ikut selang masa yang tetap.
Cara simpanan:Bagaimana cara simpan ubat yang ini?
Rujuk kotak bungkusan,,
Tarikh Luput:Sampai bila tahan di simpan ubat batuk jenis ini?
3 tahun dari tarikh di kilang
Buang(throw away) segera jika di masuki bendasing
Kesan sampingan:Bagaimana kesan sampingan ubat batuk jenis ini?
Biasa Tidak punya kesan sampingan,
Kalau temui kesan loya atau mual atau muntah
Ambil minum ubat selepas perut kenyang,,
Kalau batuk sukar sembuh temui doktor dapatkan rawatan lanjutan,,
Sumber rujukan:Dari mana boleh dapatkan ubat batuk ini?
Secara am beli sedikit cuba cari di supermarket,mini market ,
kedai ubat tertentu,farmasi tertentu
di Malaysia ketika ini sehingga stok masih di dapati.
Secara belian banyak di sumber kilang berkenaan:
Manufacturer’s Hurix’s Fluaway Syrup,J.B.Pharmacy Group Sdn Bhd,Alor Star Kedah Malaysia
Email:jbpg@hurixs.com.my
Sekian,Terimakasih.
Leave a Reply to mls online searchCancel reply