Bismillah,
Assalamualaikum/Salam sihat sejahtera,,
Kembali isi ruang masa ketika ini tambah koleksi nota ubat.net
Semoga di rahmati dan di berkati,,,Amin,,
Apa itu Januvia 100mg?
Nama kimia kepada Sitagliptin Phosphate MSD 100mg ,keluaran kilang
dari kompeni ubat Merck Sharp & Dohme (MSD) dari Italy yang original.
Januvia seperti gambar atas ialah nama dagangan bagi Sitagliptin Phosphate MSD
dengan kekuatan 100mg sebiji ketika ini,,,
Indikasi:Untuk siapa dan kenapa makan Januvia ini?
Untuk rawat orang yang di sahkan oleh doktor punya penyakit kencing manis tahap 2
Hingga saat entri di tulis,,Januvia di kira ubat dalam senarai kumpulan A,
kategori Pakar Perubatan klinik Pakar KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ketika ini Januvia hanya boleh di mulai preskrip oleh doktor Pakar bertauliah
Untuk pesakit yang sesuai dan serasi guna Januvia 100mg dalam usaha hidup lebih sihat.
Cara makan:Bagaimana cara makan ubat Januvia?
Biasa di ambil makan pagi bersama makanan atau tanpa makanan
ikut preskripsi doktor pakar sekali sahaja dalam sehari 24 jam,,
Awas!!! jangan cuba makan tanpa nasihat,rawatan dan preskripsi doktor pakar,,
Awas elak ubat palsu,,elak kesan sampingan buruk atau risiko yang tidak di undang datang,,,
Kesan Sampingan:Apakah kesan sampingan makan Januvia 100mg?
Ringkas ayat antara kesan sampingan yang mungkin di temui :
1.Turunkan kadar gula dalam darah
2.mungkin kulit boleh jadi ruam atau gatal kulit
3.edema
4.mual,loya atau muntah
5.sakit kepala
6.masalah buah pinggang jadi lemah
7.mungkin sembelit
8.masalah jangkitan saluran pernafasan
Cara simpanan:Bagaimana cara simpanan yang selamat?
1.Simpan pada suhu 30 darjah celsius
2.Lindung dari cahaya panas kuat
3.Elak dari tempat lembab,habuk dan kotoran
4.Jauhi dari capaian si anak kecil
Tarikh Luput:Sampai bila Januvia boleh tahan di simpan?
1.Biasa ikut kotak atau bingkusan berlabel ketika ambil atau beli dari pihak farmasi
atau pengeluar,,
2.Buang segera ubat yang rosak atau tamat tempoh dengan cara rendam dan larutkan ubat dalam air
dan simbah atau buang dalam toilet,,,
Sumber rujukan:Dari mana boleh dapatkan Januvia 100mg ketika ini?
Secara percuma melalui prekripsi doktor pakar di farmasi milik KKM
Secara belian di farmasi swasta boleh cuba cari,,
Secara belian banyak melalui sumber kilang di Merck Sharp& Dohme,Via Emillia,21 , 27100,Pavia Italy
Secara belian banyak di cawangan MSD,Malaysia Branch,No.3 (Lot 33) Jln Semangat Seksyen 13,
46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nota kaki:
Terimakasih sumber bahan rujukan :
Merck Sharp & Dohme(n.d.).Sitagliptine Phosphate MSD 100mg/tablet:Januvia 100mg/tablet(Pamphlet).Pavia, Italy:Merck Sharp Dohme.
Sekian,,Terimakasih semua,,
Leave a Reply to hdmi meter superCancel reply