Assalamualaikum/Hello
Bismillah,Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Kembali dengan nota berikut untuk koleksi ubat kali ini,
selagi mampu blogging hingga akhir nanti,,
Temui ,apakah ubat Relcer Gel itu?
Relcer Gel itu merupakan antara ubat bentuk air pekat atas nama dagangan atau jenama
keluaran kompeni ubat popular iaitu Glenmark Pharmaceuticals Ltd,dari India.
Di dapati dalam sebotol 100ml dan 180ml di pasaran Malaysia ,ketika ini,,
Kandungan Bahan
3 item bahan kimia dalam setiap 5ml Relcer Gel ialah:
1.Aluminium Hydroxide Gel USP equivalent kepada Aluminium Hydroxide sehingga 365mg
2.Magnesium Hyrodxide Paste USP equivalent kepada Magnesium Hydroxide sehingga 80mg
3.Simethicone USP sehingga 100mg
1 Item bukan bahan kimia :
Deglycyrrhizinated Liquorice equivalent kepada Liquorice sehingga 400mg
3 item bahan kimia pengawet supaya ubat lebih tahan lama:
1.Sodium Benzoate BP 25mg
2.Methyl Paraben BP 10mg
3.Propyl Paraben BP 2.5mg
Indikasi:
Untuk siapa dan kenapa pilih Relcer Gel itu?
Untuk rawat masalah orang dewasa dan ibu mengandung bayi yang alami gejala
gastritis,flatulence ,dyspepsia dan ulser perut usus,yang baru atau sudah lama,,
Cara ambil minum:
Bagaimana dan sampai bila mahu minum Relcer Gel itu?
Minum satu sudu hingga 2 sudu teh ,ulang 3 hingga 4 kali dalam sehari
atau selang masa 6 hingga 8 jam dalam sehari 24 jam,
Ambil minum Bila perlu sahaja,
jika sesuai atau boleh serasi sembuh,
Boleh minum ketika sebelum makan jika tidak punya kesan alahan loya atau muntah
Boleh juga ambil ketika bersama makanan atau selepas makan jika punya rasa loya ,muntah,,
Jika boleh sila ambil ikut rawatan dan nasihat dari doktor anda,
Jika sakit belum atau sukar sembuh sila rujuk kepada doktor pakar bertauliah,asap,
Terimakasih,,
Kesan Sampingan:
Apakah kesan sampingan yang mungkin di temui?
Sedikit kesan sampingan yang mungkin ialah:
1.Mual,loya atau muntah
2.Sembelit,,
Cara simpanan:
Bagaimana Relcer Gel itu di simpan?
1.Simpan pada suhu bawah 25 darjah celcius
2.Lindung dari cahaya panas kuat
3.Jauhi dari capaian anak kecil
4.Jauhi dari habuk dan kotoran
5.Jauhi dari binatang peliharaan,
6.Jauhi dari racun
7.Boleh di simpan dalam peti sejuk yang bukan di tempat sejuk beku
Tarikh Luput:
Sampai bilakah tarikh luput Relcer Gel itu?
Rujuk kotak bungkusan atau tepi botol ubat berkenaan
Sehingga 4 tahun dari tarikh di kilang jika penutup botol
tidak di buka lagi dan jika simpan ikut cara simpanan yang baik,sihat dan selamat
Jika penutup botol Relcer Gel telah di buka,jika suka boleh simpan sehingga 3 bulan
Jika telah rosak atau tamat tempoh atau di masuki benda asing,,sila buang segera ,jangan minum lagi,,
Okay,,Sumber rujukan:
Dari mana boleh dapatkan Relcer Gel itu?
Di Malaysia, ketika ini boleh cari di:
1.di kedai farmasi swasta
2.di klinik swasta,(tidak terdapat di farmasi klinik kerajaan Malaysia)
3.Distributed oleh Uni Drug House Sdn Bhd,Batu Caves Selangor,
4.Marketing Authorization Holder,Glenmark Pharmaceuticals Ltd (M) Sdn Bhd,
Megan Avenue 1, 189, Jln Tun Razak Kuala Lumpur,Malaysia.
5.Sumber kilang dari India:
Glenmark Pharmaceuticals Ltd,Plot No,E-37,39,MIDC Area,Satpur-422 007,Maharashtra India.
Nota kaki:
Glenmark Pharmaceuticals Ltd.(n.d.)Relcer Gel(Pamphlet),Maharashtra India:Glenmark Pharmaceuticals Ltd.
Sekian,,
Leave a Reply to match.com free trialCancel reply