Salam sihat sejahtera,
Salam ketika November muncul semula di dunia untuk tahun 2014,temui sinar blogging alam maya,,tambah koleksi seterusnya
sewaktu masih punya hayat ,waktu terluang dan ketika jalur lebar internet berlari biasa-biasa walau sedikit pantas ikut cuaca semasa ketika ini,,,kalau jalur internet masih tersangat perlahan,saya tidak mampu blogging kerana blog seperti tidak dapat keluar beroperasi,,,,umpama tutup kedai sementara di sudut editor dalam dashboard,namun syukur,,paparan blog di muka Google masih terus tersenyum lagi,lagi,,,,
Kali ini temui apakah itu tablet Augmentin atau Co-Amoxiclav?
Keduanya ubat yang sama, berbeza kompeni,antara nama dagangan dalam dunia ubat-ubat moden di alam nyata ketika ini,,,
Merupakan kombinasi ubat bahan kimia popular yang mengandungi dua bahan aktif di kenali Amoxicillin Trihydrate 250mg dan 500mg dan Potassium Clavulanate 125mg dalam setiap sebiji punya kekuatan 375mg dan 625mg.
Indikasi:
Untuk siapa dan kenapa guna ubat jenis tablet ini?
Antara ubat antibiotik jenis broad spectrum,untuk rawat insan dewasa dan kanak-kanak yang punya umur lebih 12 tahun keatas.
Selepas di sahkan oleh doktor punya masalah jangkitan kuman bagi penyakit berikut:
1.Jangkitan(infeksi) di saluran respiratory termasuk demam,batuk sakit tekak,,
2.Jangkitan(infeksi)luka di bahagian kulit dan tisu lembut
3.Jangkitan(infeksi)di saluran kencing
4.Jangkitan(infeksi) di bahagian sendi tulang,,
Cara makan:
Bagaimana dan sampai bila boleh makan Tablet Augmentin ini?
Sila ambil makan ikut preskripsi doktor,ketika selepas makan,,biasa tempoh minimum untuk 5 hari,,
Dos ikut pamphlet ketika ini:
Jika kekuatan ubat 375mg:
Ambil telan satu tablet 375mg bersama segelas air kosong selang masa setiap 8 jam atau tiga kali dalam sehari
Jika kekuatan 625mg:
Ambil telan satu biji 625mg bersama segelas air kosong/air mineral selang masa 12 jam atau dua kali sehari,,
Awas! jangan cuba ambil makan jika tidak mendapat rawatan dan nasihat dari doktor anda,,
Jika sudah makan ikut preskripsi doktor namun sakit tidak juga boleh sembuh,,atau
jika temui kesan alergik ubat ini,,sila rujuk semula doktor anda dengan kadar segera,
Hentikan pengambilan,,,cuba ubat antibiotik jenis lain lagi atas nasihat doktor anda,,
Jika temui ubat dengan kekuatan 625mg sebiji,,, di preskrip 3(tiga) kali dalam sehari,,
sila rujuk semula doktor atau pihak farmasi anda jangan terus makan,elak lebih dos,,
elak kesan sampingan,,Terimakasih.
Kesan Sampingan:Apakah kesan sampingan yang mungkin berlaku?
Kesan baik:
Biasa tablet Co-Amoxiclav atau Augmentin 625MG/ sebiji di kata antara antibiotik paling power dan mampu cepat pulihkan masalah batuk dan demam ,,,saya juga terkadang tukar makan tablet ini jika tablet EES 800mg tidak mampu pulihkan batuk dan demam saya,selepas tempoh 5 hari itu,,sebab saya tidak punya kesan alergik dengan ubat tablet Augmentin ini.Biasanya(normally) saya ambil untuk tempoh 5 hari sahaja,,elak ambil lebih dari 5 hari,,takut dan cuba elak kesan sampingan seperti di bawah ini,,,
Kesan tidak baik:
1.Mual,loya muntah
2.Cirit-birit(diarrhea)
3.Hepatitis
4.Jaundis
5.Ruam atau gatal kulit,,
6.Anaemia
7.Bingung(confused)
8.sukar tidur(insomnia)
9.sawan,,
10.Gigi mungkin jadi pudar warna,,(exchange tooth color)
11.Er ,,maaf,,termasuk Candidiasis
12.Masalah sakit perut (stomach ache)
Cara simpanan?
Seperti cara simpanan ubat jenis tablet sebelum ini,,
Tarikh Luput?
Seperti tarikh luput ubat jenis tablet yang lain,,,maaf boleh rujuk nota yang sebelum ini,,
Sumber rujukan:Di mana boleh dapatkan tablet antibiotik jenis ini?
Di farmasi milik KKM atau swasta dengan pelbagai jenama lagi ikut stok simpanan semasa pihak berkenaan,,
Antara sumber pengilang ketika ini ialah:
Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd,
Lot 120,Taman Farmaseutikal,
32610 Bandar Seri Iskandar,
Perak Darul Ridzuan ,Malaysia
Nota kaki:
Terimakasih sumber bahan rujukan ketika ini,,
Pharmaniaga.(n.d).Co-Amoxiclav 625mg/tablet(Pamphlet).
Malaysia:Pharmaniaga
Leave a Reply to free music downloadsCancel reply