Bismillah
Assalamualaikum/Salam sejahtera,,
Maaf saya henti koleksi ubat batuk seketika ,,
Saya akan sambung tambah koleksi ubat batuk semula,,tunggu,,
InsyAllah,,
Kali ini untuk berjalan seiring rentak koleksi blog orangitu.com
Temui apa ituInsulin,Mixtard,penfill?
Mixtard(R) 30 Penfill ialah antara nama dagangan popular ubat insulin
jenis injeksi atau cucuk atau suntik bawah kulit di badan yang berlemak tebal.
Ikut gambar ubat setiap satu katrij mengandungi 3ml bersamaan 300iu
(IU= International Unit) bahan ubat insulin human rDNA,,
Setiap satu (1)IU ubat lebih kurang bersamaan 0.035mg dari anhydrous human insulin.
Mixtard(R) 30 terdiri dari 30% insulin terlarut dan 70% isophane Insulin.
Formula yang original dari kompeni ubat novonordisk.
Indikasi:
Untuk siapa dan kenapa guna ubat insulin Mixtard ini?
Untuk rawat orang yang di sahkan doktor punya penyakit Diabetes Mellitus atau kencing Manis.
Dos Ubat:
Bagaimana dengan dos ubat insulin Mixtard(R) 30 ini?
Dos??
Ikut hasil rawatan dari preskripsi doktor :
Dos ikut pamphlet ubat,biasa ikut berat badan antara 0.3 dan 1 IU/kg/day.
Faham ??
Sila ikut preskripsi terkini doktor anda jika serasi sihat,,
Jika kuat pening ,boleh ambil gula-gula atasi keadaan
gula sangat rendah,,atau kalau hampir pengsan atau sudah pengsan segera
hentikan dos semasa untuk injeksi selanjutnya ,,
dapatkan rawatan kecemasan selanjutnya di hospital terdekat,
Ketika kadar(level) gula(sugar) darah sangat tinggi dan telah terambil makan lebih gula
sebab lupa atau tidak berdisiplin soal makan/minum bergula lebih,,
baik ambil injek ketika perut kosong tanpa makanan,,
Tetapi,,Jika rajin dan disiplin makan gula kurang atau tidak ambil makan/minum
bahan bergula langsung dan kadar gula darah tidak tinggi sangat,,
tetapi doktor nasihat mesti injek insulin seperti biasa,,
sila ambil injek 30 minit ketika perut kosong bersama sedikit
makanan ringan penuh karbohidrat ,,elak kesan pening,,sediakan gual-gula
Biasa pesakit sudah faham jika telah sekian lama ambil insulin,,
Jika terus pening dan tidak serasi sila dapatkan nasihat dan rawatan ulangan
secepat mungkin,,sesekali,,terserah,,
Kesan sampingan:
Apa kesan bakal di temui jika guna insulin Mixtard(R) 30 penfill ini?
Jika lebih dos boleh sawan,atau pengsan atau maut,,
Dos terkawal mungkin temui gejala berikut:
1.rasa sedikit sakit(sick)atau bengkak atau merah di kulit kesan di injek,,
2.Ruam,(rash),gatal kulit,,(itchy skin)
3.edema
4.mungkin sakit perut
5.sukar bernafas,,(difficulty breathing)
6.Palpitasi atau jantung berdebar
7.turun kadar gula darah,(lowering blood sugar levels)pening(dizziness),,
Cara simpanan:
Bagaimana cara simpan insulin Mixtard (R)30 ini?
1Simpan(store) pada suhu 2 hingga 8 darjah celcius
2.Lindung(protect) dari cahaya panas terik
3.Jauhi(keep away) dari anak kecil
4.Elak (avoid)habuk dan kotoran
5,Jangan simpan dalam bekas pennovo anda,,
Tarikh Luput:
Sampai bila tahan di simpan?
Rujuk label ubat semasa jika simpan pada suhu 2-8 darjah celsius.
atau 6 minggu jika di simpan pada suhu 30 darjah celcius
selepas pertama kali di buka guna dengan jarum dan pennovo itu,,
Buang jika rosak,tukar warna atau pecah ,,,
Sumber rujukan:
Di mana boleh dapatkan insulin Mixtard(R) 30 Penfill ini?
Ikut dari rawatan dan preskripsi doktor dari masa ke semasa.,,
di klinik dan hospital ,,yang percuma di KKM dan cara belian di farmasi swasta
tertentu,boleh cari,
Terkini,,disesetengah hospital,sudah bertukar kepada jenama jenis selainnya,,
Nota kaki:
Terimakasih sumber bahan rujukan:
novonordisk A/S.(2010).Mixtard(R) 30 Penfill.(Pamphlet).Denmark
Novo Nordisk Producao Farmaceutica do Brasil Ltda.(2010)Mixtard(R) Penfill.(Pamphlet).Montes Carlos Brazil.
Sekian,,Alhamdulillah,
Terimakasih
Leave a Reply to hmx q10 camcorder tradeCancel reply